Bertenang dan jangan cemas
1.Anda perlu bertenang
dan jangan cemas.
2. Belajar disaat akhir
juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda adalah terhad.
3. Selepas bertenang buat
penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya.
4.Rancang tindakan yang
akan anda diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.
5.Yakin bahawa diri anda
mampu untuk menghabiskan segala bahan pelajaran yang ingin diulang kaji.
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
1.Letakkan seluruh
tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan.
2. Jangan terlalu
memikirkan bahawa anda kesuntukan masa.
3.Hafal perkara yang
sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
4. Cuba mengenepikan
ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan
itu akan datang semula.
5. cuba alihkan diri anda
dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil
menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa
kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini
sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram
itu.
Yakin terhadap kebolehan diri
1.Selalu tanamkan dalam
diri anda bahawa “SAYA BOLEH” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di
hadapan anda (di tempat anda belajar).
2.Tiap-tiap kali anda
melihat kad itu anda yakin bahawa ANDA BOLEH BERJAYA. Sekiranya anda dapat
menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka
secara sepontan
3.Dengan yakin anda akan
berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan
apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang
membanggakan.
Masa rehat perlu secukupnya
1.Ambil masa untuk otak
anda berehat sepenuhnya sebabnya belajar mudah letih.
2.Anda juga digalakkan
bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah
anda menyambung semula pembelajaran anda.
Hapuskan tabiat suka tidur
1.Jangan terlalu melayan
keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu
KEJAYAAN.
2.Gunakan lebih banyak
masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri
supaya anda berkeyakinan.
3.Jadualkan masa tidur
anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa
jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya
anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
4.Tidur merupakan waktu rehat
yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan.
Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan
. 1.Anda tidak perlu lagi
mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya
untuk mencegah tidur.
2. Dapatkan nasihat
doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali
bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
3.Ubat peransang
menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala
perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat
mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda
untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima
menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
3.Kalau boleh elakkan
juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan.
Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan
negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas.
4.Dalam keadaan yang
tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang
lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu
kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.
Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
1.Dalam keadaan sebegini,
anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan
beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting.
2.Cuba pilih lima atau
enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini
di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan.
3. Anda tidak mempunyai
masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting.
4. Banyakkan membuat
soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu
anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu.
5.Cuba pilih
soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau
tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan