Isnin, 23 November 2015

PENCAPAIAN PELAJAR UPSR SETIAP NEGERI



Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015 telahpun diumumkan secara rasmi pada Selasa 17 November 2015 



Secara keseluruhannya seramai 455,929 telah calon menduduki peperiksaan UPSR 2015 di seluruh negeri Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 38,344 calon telah berjaya mencatatkan A dalam semua mata pelajaran yang diduduki 



Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini meningkat sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.29 mata tahun lalu kepada 2.27 mata GPN tahun ini Berikut ringkasan laporan mengenai jumlah pelajar yang memperoleh keputusan 5A dalam UPSR 2015 bagi setiap negeri

Perlis 


Negeri Perlis mencatat keputusan terbaik dalam tempoh lima tahun lalu bagi peperiksaan UPSR dengan mencatat GPN 2.32 tahun ini (2015) berbanding 2.41 tahun lepas (2014), 2.37 (2013), 2.35 (2012) dan 2.39 bagi tahun 2011 

Kedah 

Seramai 2,978 daripada 37,284 calon UPSR 2015 di negeri Kedah mendapat keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran Jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan seramai 147 calon berbanding tahun lalu (2014) Secara keseluruhan pencapaian peratus kelulusan keseluruhan UPSR 2015 bagi negeri Kedah menurun sebanyak 0.29 peratus iaitu 67.84 peratus berbanding 68.13 peratus pada tahun lalu Tetapi, pencapaian bagi Gred Purata Sekolah (GPS) pada tahun ini pula ialah 2.24 mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.27 dan mengatasi pencapaian tahun lalu iaitu 2.29 

Pulau Pinang 

Seramai 2,430 calon UPSR 2015 di Pulau Pinang memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil Jumlah murid yang mendapat semua A dalam mata pelajaran pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas iaitu seramai 2,335 calon Daripada 22,628 calon yang mengambil UPSR pada tahun ini, seramai 15,354 murid memperoleh tahap pencapaian minimum iaitu mendapat sekurang-kurangnya C Sebanyak 10 buah sekolah di Pulau Pinang mendapat keputusan cemerlang dan 100 peratus lulus. Antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Senangan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa, SK Convent Pulau Tikus dan SK Minden Height Di SK Taman Senangan, seramai 18 calon mendapat semua 5A dalam mata pelajaran manakala SJKC Kwang Hwa sebanyak 65 murid mendapat 7A 

Perak 

Seramai 2,929 daripada 35,101 calon UPSR 2015 di negeri Perak memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan tersebut Keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.74 peratus menjadi 8.34 peratus berbanding tahun lalu iaitu 7.60 peratus Secara keseluruhan, pencapaian calon UPSR di Perak pada tahun ini meningkat sebanyak 0.01 Gred Purata Negeri (GPN) iaitu daripada 2.31 pada tahun lalu kepada 2.30 tahun ini Kuala Lumpur Selangor Sebanyak 7,354 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 7A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2015 Seramai 82,969 calon menduduki UPSR tahun ini berbanding 85,392 pada 2014 Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong diumumkan sebagai sekolah paling cemerlang UPSR 2015 bagi kategori sekolah bandar di Selangor apabila 107 daripada 412 calon memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 7A Manakala bagi sekolah luar bandar, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, Hulu Langat diumumkan sekolah paling cemerlang apabila 71 calon UPSR memperolehi keputusan 5A dan 7A 

Negeri Sembilan 

Seramai 1,806 pelajar mewakili 10.5 peratus calon yang menduduki UPSR 2015 di Negeri Sembilan memperoleh 5A dan 7A Pencapaian keseluruhan calon UPSR pada tahun ini mengekalkan Gred Purata Negeri kepada 2.18 walaupun terdapat penurunan sebanyak 0.01 peratus Secara umumnya Negeri Sembilan berada dalam kelompok lima tempat teratas peringkat kebangsaan Seramai 17,390 calon mendaftar untuk menduduki UPSR di negeri ini pada tahun ini 

Melaka 

Seramai 1,305 calon telah memperolehi keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil pada UPSR 2015 Pada UPSR 2014 seramai 1,242 orang murid mendapat semua A Pencapaian keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di Melaka dianggap terbaik dalam tempoh 10 tahun dengan Gred Purata Negeri (GPN) mencatatkan 2.16 

Johor 

Seramai 4,878 murid sekolah rendah yang mengambil UPSR 2015 mendapat keputusan cemerlang (semua gred A) di negeri Johor Pencapaian keseluruhan calon UPSR pada tahun 2015 kekal seperti tahun lepas apabila mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) 2.18 mata mengatasi pencapaian GPN Nasional sebanyak 0.09 mata Peratusan calon yang mendapat pencapaian cemerlang meningkat sebanyak 0.42 peratus berbanding 8.50 peratus pada tahun 2014 Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat keputusan baik (Minimum gred C) tidak termasuk semua Gred A) berkurangan sebanyak 2.30 peratus berbanding 59.41 peratus pada tahun 2014 Pencapaian ini memberi kesan kepada penurunan calon menguasai (Minumum Gred C, termasuk semua Gred A) sebanyak 1.87 peratus daripada 70.21 peratus pada tahun 2014 kepada 68.34 peratus pada tahun ini Seramai 54,657 murid (31,961 murid bandar dan 22,696 luar bandar) mengambil UPSR pada tahun 2015 Tiga calon murid Calon Berkeperluan Khas (CBK) terdiri daripada seorang murid yang rabun dan dua calon lagi lain lain kecacatan mendapat keputusan cemerlang daripada 135 jumlah keseluruhan murid CBK di negeri Johor 

Pahang 

Seramai 2,439 calon memperoleh keputusan semua A dalam mata pelajaran  pada UPSR 2015 Peningkatan 1.04 peratus berbanding tahun lalu (2014) Seramai 1,156 calon yang memperoleh semua A adalah dari sekolah bandar manakala selebihnya 1,283 calon sekolah luar bandar Pada UPSR tahun ini sebanyak 35 buah sekolah mencapai 100 peratus bagi menguasai semua mata pelajaran berbanding 30 sekolah tahun lalu Prestasi sekolah mencatatkan calon memperoleh semua A melebihi 25 peratus yang menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 31 buah sekolah berbanding 24 sekolah tahun lalu 

Terengganu 

Seramai 2,558 dari 20,121 calon di Terengganu berjaya meraih keputusan cemerlang 5A pada UPSR tahun ini Pencapaian tahun ini disifatkan sebagai yang terbaik dalam sejarah pendidikan Terengganu Peningkatan sebanyak 12.70 peratus berbanding 12.10 peratus pada tahun lalu Pencapaian UPSR pada tahun 2015 menunjukkan keputusan lebih baik berbanding tahun lepas dari segi kuantiti dan kualiti di mana gred purata negeri pada tahun ini ialah 2.10 berbanding 2.15 pada tahun lalu 

Kelantan 

Seramai 3,527 murid daripada 31,068 murid yang menduduki UPSR 2015 di negeri Kelantan berjaya memperoleh semua A dalam mata pelajaran Pencapaian tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.45 peratus menjadikan 11.7 peratus tahun ini berbanding tahun lalu UPSR tahun 2014 menyaksikan 3,600 murid atau 11.25 peratus daripada 32,926 murid memperoleh semua A Secara keseluruh­an, pencapaian UPSR bagi negeri Kelantan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN) meningkat kepada 2.14 berbanding 2.16 tahun lalu GPN itu juga mengatasi GPN Kebangsaan iaitu 2.27, sekali gus menjadikan Kelantan kekal antara kalangan negeri terbaik di peringkat nasional 

Sarawak 

Seramai 1,998 calon UPSR 2015 di negeri Sarawak memperoleh A dalam semua subjek Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,530 calon yang cemerlang terbabit adalah calon dari sekolah kebangsaan, manakala 468 calon dari sekolah jenis kebangsaan Cina Gred Purata Negeri (GPN) bagi UPSR tahun ini adalah 2.48, berbanding GPN 2.52 tahun lalu 

Sabah 

Seramai 1,612 calon UPSR 2015 di negeri Sabah memperoleh pencapaian A bagi semua mata pelajaran Pencapaian pada tahun ini meningkat seramai 381 orang atau satu peratus berbanding 1,231 calon pada tahun 2014 Pencapaian keseluruhan UPSR di negeri Sabah pada tahun 2015 ialah 53.76 peratus iaitu meningkat berbanding tahun 2014 dengan 51.09 peratus

                                                 

Pautan Sumber: mysumber.com

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran