
Apabila berlaku keciciran begini, sudah tentulah ibu bapa yang prihatin akan mengambil tindakan dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Maka, guru yang mengajar di pusat tuisyen akan cuba membantu pelajar tersebut supaya tidak ketinggalan. Bukannya semua pelajar "perlu" dihantar ke pusat tuisyen. Sebenarnya, saya tidak gemar mengajar tuisyen. Sekiranya pelajar yang datang itu bukan atas kerelaan hati untuk belajar apa guna mereka berada dalam kelas semata-mata kerana keterpaksaan setelah dihantar oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, komitmen pelajar ini tidaklah setinggi pelajar yang hadir ke pusat tuisyen dengan keikhlasan untuk belajar. Kepada ibu bapa, diharapkan pertimbangan mereka untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen bukanlah kerana mengikut trend semasa, sebaliknya atas keperluan pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan