Ahad, 26 Mac 2017

KEUNIKAN OTAK MANUSIA

=======================================================
KEUNIKAN OTAK MANUSIA
=======================================================
-

-
-
Tidak dinafikan lagi bahawasanya otak manusia sememangnya ciptaan terunggul yang diciptakan oleh Allah SWT. Otak diciptakan seiring dengan akal manusia yang tidak terdapat pada mana-mana ciptaanNya yang lain. Kita juga perlu ingat, otak dan akal adalah dicipta oleh Allah dan bukannya telah terhasil dengan secara tidak sengaja dari evolusi yang memakan masa berjuta-juta tahun. Charles Darwin dan pakar-pakar saintis evolusi sendiri tidak dapat menerangkan bagaimana kehebatan dan keunikan otak dapat 'berevolusi' dan terhasil secara sendiri.
-
-
Tetapi, ramai diantara kita tidak mengetahui keajaiban dan keunikan yang ada pada otak manusia. Ia bukan sahaja diciptakan hanya untuk berfikir, tetapi beribu-ribu atau berjuta-juta lagi fungsi yang dikawal oleh otak manusia. Jadi, dibawah adalah sebahagian dari fakta-fakta menarik berkenaan dengan otak manusia yang perlu kita tahu bahawa otak manusia bukan terhasil dari evolusi, tetapi diciptakan oleh kuasa yang maha bijaksana iaitu ALLAH SWT..

-
-
• otak tidak boleh merasa kesakitan kerana tidak mempunyai saraf yang mengesan kesakitan.
• otak manusia terdiri daripada lebih 100 bilion neuron.
• jika saluran darah dalam otak disusun ia akan merentang sepanjang 100,000 batu
• otak manusia adalah organ yang paling berlemak di dalam badan manusia dan ia mempunyai sekurang-kurang 60% lemak
• Serebrum adalah bahagian yang paling besar dalam otak manusia dan melitupi 85 % daripada berat otak.
• 75% daripada otak adalah air.
• Otak mempunya 3 lapisan selaput

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran