Ahad, 12 Mac 2017

Tuisyen...Perlu atau Tidak?

Tuisyen...Perlu atau Tidak?


****************************************************

Sebelum kita mulakan perbincangan kita mulakan dengan ungkapan yang selalu digunapakai - 'manusia itu ialah makhluk sosial'. Maksudnya kehidupan manusia itu begitu mementingkan
1) Interaksi
2) Berbual-bual di antara satu sama lain
3) Tidak terkecuali anak-anak kita juga.

Apa kaitannya dengan tuisyen?

Hari ini - entah dari mana kita meminjamkan budaya ini - Tuisyen seolah-olahnya sudah menjadi perkara wajib. Ia sepatutnya hanya sebagai kaedah pembelajaran sokongan sahaja. Tetapi kini tidak lagi. Pusat tuisyen kini wujud di kampung dan kota. Sesiapa yang tidak mengikutinya, seolah-olahnya sedang menempah markah kosong dalam peperiksaan. 

Ini hakikat perubahan zaman. 

Adakah Kita Sebenarnya Memerlukan Tuisyen? 

Ada yang mengatakan  tidak bersetuju dengan Keperluan Tuisyen. Alasannya ialah

1) Ia membunuh masa bermain anak-anak.
2) Ia juga menghilangkan masa sosial mereka. 
3) Kita juga akan kehilangan banyak waktu untuk bersama dengan anak-anak. 
4) Jangka panjang - kita sedang meruntuhkan sistem masyarakat kita dengan manusia yang       kurang mahir dalam kemahiran bersosial.

Tetapi dunia moden ini - manusia tidak menghiraukannya lagi. Kita inginkan kejayaan. Kerana bagi kita kejayaan akademik itulah pintu kejayaan manusia. 
.
.
Sejak sekolah rendah lagi anak-anak dipaksa untuk berjaya. 
Sedangkan kita pun tidak pasti ?
Apakah maknanya kejayaan di sekolah rendah? 
Paling tinggi hanya diterima masuk ke sekolah berasrama. Itu sahaja. 
.
.
.
Jadi kenapa perlu memaksakan mereka dengan begitu banyak beban. Orang dewasa yang berkerja pun hanya berkerja dari jam 8 pagi ke 5 petang. Tetapi anak-anak sekolah kita jam 10 malam baru habis waktunya.
.
.
.
Itu kalau berjaya. Bagaimana pula kalau hanya sekadar mendapat keputusan cukup makan sahaja. Masa mereka yang hilang itu tidak akan mampu diganti semula. 


Sebenarnya - apa yang berlaku?

Pandangan psikologi aku kuat menyatakan bahawa sebenarnya apa yang diajar di sekolah dan di tuisyen itu sama sahaja. Yang berbeza ialah sistem pendidikan kita terlalu formal. Ada banyak peraturan. Ada banyak buku yang perlu dibawa. Sistem yang rigid ini telah mengurangkan minat pelajar. Menjadikan suasana pembelajaran semakin membosankan. Walaupun hal yang diajar itu sama sahaja.

Sekiranya kita sebagai ibu bapa - mampu mengajar sendiri anak-anak, atau mampu menetapkan mereka jadual ulangkaji dengan baik - tuisyen mungkin tidak diperlukan lagi. Tuisyen itu sendiri sebenarnya hanya proses ulangkaji.



Bagaimana Kalau Anak Tidak Dihantar Ke Tuisyen?



Sekiranya kita tidak menghantar anak-anak kita ke tusiyen, secara automatiknya mereka akan merasa rendah diri. Sebenarnya itu adalah salah !!!

Mereka akan diperkecilkan oleh rakan mereka yang ke pusat tuisyen. Rakan-rakan sebaya ini - adalah teman sosial mereka. Rakan sebaya mereka akan bercakap-cakap mengenai guru mereka yang bagus, dan markah mereka yang tinggi. Mereka juga akan bercakap dengan soalan ramalan. Semua ini akan menggerunkan anak-anak kita. Akhirnya, secara tidak langsung ini bakal memencilkan anak-anak kita yang tidak ke tusiyen. 

Anak kita pula akan merungut apabila markahnya rendah - "Itulah mak, hantar tuisyen tak nak?". Realiti yang mereka tidak tahu - banyak juga yang tuisyen itu sebenarnya gagal. Yang berjaya itu pula biasanya berjaya di sekolahnya lagi. 

Apa yang boleh kita buat? Kita tidak ada pilihan lain. Tuisyen sudah menjadi institusi baru dalam masyarakat. Setiap ibu bapa bercakap mengenainya. Semua orang mendesak kecemerlangan anak-anak kita. Setiap hari pasti ada suara bertanya berapa "A" yang anak kita dapat dalam peperiksaannya.

Hantar sahajalah anak ke Tuisyen. Bukan menghantar kerana kita meyakininya. Anggaplah ia sebagai bilik ulangkaji untuk anak-anak kita. Ia sudah menjadi padang permainan baru anak-anak. 

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran