CIRI-CIRI ORANG YANG BAIK
=========================
1. Orang Baik LEBIH BANYAK TERSENYUM.
Percaya atau tidak, kebaikan seseorang dapat ditunjukkan dari cara dia tersenyum, Mengapa?
Kerana semakin banyak orang itu tersenyum, maka semakin banyak AURA Positif akan bertebaran disekitarnya.
Selain itu, dengan tersenyum, orang disekitar akan terkesan untuk lebih ramah & bahasanya menjadi SOPAN dan SANTUN.
2. Fikiran-fikiran negatif seperti IRI HATI & DENGKI jarang menghinggapi orang baik
Orang Baik akan selalu MENANAMKAN FIKIRAN POSITIF dalam hidupnya. Bahkan disaat dia mengalami masa-masa sukar dalam hidupnya sekalipun ORANG BAIK tetap akan menyebarkan suasana yang aman.
3. Orang Baik biasanya lebih sering MENYAPA ORANG LAIN DAHULU. Orang baik tidak akan keberatan untuk menyapa semua orang, bahkan terhadap orang yang berbuat jahat padanya sekalipun..
Orang baik selalu terhindar dari RASA MENJADI ORANG PENTING, RASA INGIN DICARI dan DIPERLUKAN . ORANG BAIK tidak memerlukan pengakuan orang lain atas apa yg sudah dia lakukan selama ini.
4. Orang Baik TIDAK MAHU MENUNJUKKAN BAHAWA DIRINYA BENAR dan BAIK.
Tapi ORANG JAHAT akan selalu menunjuk-nunjuk cerita baik untuk menutup (kekurangan) dirinya yang jahat.
5. Orang Baik selalu BIJAK MENGENDALIKAN EMOSI.
Mereka dilihat sangat sabar & bertoleransi.
Tidak pernah mengutamakan kepentingan diri sendiri.
6. Orang Baik akan bercerita atau MENYAMPAIKAN HAL-HAL YANG BERMANFAAT dengan tujuan memberi tahu. Bukan untuk MENUNJUK pada umum bahawa hanya dirinyalah yang baik benar.
7. Orang Baik selalu menghafal dan mengucapkan 3 PERKATAAN AJAIB. Iaitu MAAF, TOLONG, dan TERIMA KASIH.
8. Orang Baik TIDAK SUKAR untuk mengakui kelebihan orang lain.
Apalagi jika dia merasa bersalah. Mereka tidak akan segan-segan untuk MEMINTA MAAF DAN MEMPERBAIKI KESALAHAN. Berbeza dengan ORANG JAHAT yang memiliki EGO yang tinggi dan selalu menganggap dirinya SAHAJA yang betul. Jangankan mengaku salah, menganggap orang lain baik juga tidak akan dilakukannya, Ada saja alasan untuk mencari keburukkan dan kesalahan untuk menjatuhkan orang lain.
Semoga kita dapat terhindar dan melatih diri menjadi orang sabar dalam menghadapi setiap kejahatan
Terhindar dari perilaku ORANG JAHAT.
"MEMANG BAIK MENJADI ORANG PENTING, TAPI JAUH LEBIH PENTING MENJADI ORANG YANG BAIK"
Kita isikan hidup ini dengan kebaikan , sama-sama berusaha menjadi ORANG YANG BAIK
Aamiin ,
Insya-Allah kepada yang sedang membaca post ini, mudah-mudahan menjadi orang baik dan mulia hatinya...
Semoga bermanfaat....
#tuisyenindividu
#tuisyenindividuhometuition
#tuisyenindividudikelantan
#privatehometuition
#tuisyentermurahdikelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan