Selasa, 21 November 2017

Jenis Genggaman Pensel Dan Prestasi Kemahiran Melakar Dikalangan Kanak-kanak Normal Dan Bermasalah








Jenis Genggaman Pensel Dan Prestasi Kemahiran Melakar
Dikalangan Kanak-kanak Normal Dan Bermasalah

================================
Abstrak
Genggaman pensel merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan pergerakan motor halus. Instrumen Kemahiran
Asas Pergerakan (CEKAP) mengandungi dua tugasan untuk mengenalpasti jenis genggaman dan menguji corak
lakaran yang dihasilkan berdasarkan jenis genggaman. Kaedah melakar sebagai salah satu cara untuk keberkesanan
cara genggaman subjek yang diuji.
Penilaian yang dijalankan diadaptasikan daripada Instrumen Penilaian
Perkembangan Genggaman Pensel Schenk dan Henderson (1990). Dalam kajian ini, penilaian dijalankan ke atas
beberapa subjek yang mengalami masalah pembelajaran dan beberapa orang subjek normal. Hasil kajian
menunjukkan terdapat beberapa orang dalam kalangan subjek yang mengalami masalah pembelajaran mempunyai
jenis genggaman matang dan terdapat juga subjek yang datang dalam kalangan normal mempunyai jenis genggaman
yang tidak matang. Penambahbaikan item perlu dilakukan dengan menambah beberapa item ujian yang berkait
dengan ergonomik penggunaan tangan semasa melakukan beberapa aktiviti perlu di masukkan supaya banyak
perkara yang boleh di buat penelitian yang lebih rapi.
Kata kunci: jenis genggaman, kanak-kanak normal, kanak-kanak bermasalah pembelajaran
PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan salah satu keupayaan atau kebolehan yang perlu di kuasai pada peringkat
permulaan pembelajaran. Kemahiran menulis menjadi asas kepada beberapa perkara seperti menentukan corak
genggaman sewaktu memegang pensel dan juga asas pergerakan yang melibatkan otot halus pada bahagian tangan
yang melibatkan penulisan atau dari aspek kemahiran motor halus ia dilihat sebagai “dexterity” di mana pergerakan
yang melibatkan pergerakan rutin harian seperti menggunakan sudu sewaktu makan (Brunni, 2006).
Kecekapan menulis semasa belajar adalah penting bagi setiap murid kerana ia mempengaruhi tahap keyakinan
diri murid dan mampu menpengaruhi pencapaian akademik murid. Masalah menulis berkemungkinan menjadi satu
halangan kepada pencapaian akademik di sekolah khususnya yang terlibat dalam Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP). Pada tahun 1980-an para guru mengenalpasti murid yang mempunyai masalah
melalui pembetukan huruf yang tifak sempurna dan tahap kejelasan dalam tulisan tangan murid. Murid yang
mempunyai masalah menulis akan menunjukkan skor genggaman yang lebih rendah berbanding dengan murid yang
tidak mempunyai masalah genggaman.
Objektif utama penguasaan asas menulis dalam kalangan kanak-kanak adalah untuk membolehkan kanakkanak
dapat menulis dengan baik terutama mereka yang sudah melibatkan diri dalam alam persekolahan. Kemahiran
menulis adalah penting untuk menguji tahap kefahaman kanak-kanak sewaktu membaca balik tulisan di samping
membentuk keyakinan diri kanak-kanak sewaktu belajar. Tulisan yang sukar difahami mempengaruhi tahap
keinginan untuk belajar kanak-kanak kerana mereka kerana tidak mampu membaca balik tulisan mereka justeru
mengekang keinginan kanak-kanak untuk mengetahu perkara yang lebih lanjut dan melambatkan penjanaan idea
kanak-kanak pada peringkat umur tersebut.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai mereka yang mempunyai masalah dengan
kecerdasan otak yang tidak selari dengan usia sebenar. Mereka yang tergolong dalam masalah pembelajaran ini
terdiri daripada mereka yang menghidapi masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia), kurang upaya intelektual, lembam, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), sindrom down dan lewat
perkembangan global.
Meskipun mereka mempunya masalah dengan intelektual, Kementerian Pelajaran Malaysia sama sekali tidak
mengetepikan hak menuntut ilmu bagi golongan bekeperluan khas ini. Kurikulum Pendidikan Khas dibentuk
berlainan dengan kurikulum biasa dan tidak terlalu menjurus kepada bidang akademik. Kurikulum yang
dibangunkan banyak memberi penekanan terhadap aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun begitu,
kemahiran 3M masih lagi diberi keutamaan dalam Kurikulum Pendidikan Khas iaitu membaca, menulis dan
mengira. Kebiasaannya Murid yang mengalami masalah pembelajaran selalu dikaitkan dengan kurang penguasaan
kemahiran 3M, sekaligus mempengaruhi pencapaian mereka dalam bidang akademik.
Kemahiran menulis merupakan salah satu cara untuk mengesan tahap penguasaan murid dalam bidang
akademik. Kemahiran menulis merupakan koordinasi mata yang dikaitkan dengan intergrasi diantara motor visual
dan merupakan penentu kualiti tulisan tangan (Kaiser, Albaret & Doudin, 2009). Murid yang lemah dalam
koordinasi mata mendapat skor yang rendah untuk penulisan. Genggaman pensel yang lemah juga mempengaruhi
kestabilan dalam penulisan.
Genggaman pensel
Genggaman pensel merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan pergerakan motor halus. Menurut
Amundson (2005) kebanyakan ahli terapi kerja menumpukan pada cara genggaman pensel oleh kanak-kanak dengan
betul. Hal ini kerana pembetukan huruf dan tahap kejelasan tulisan tangan telah digunakan sebagai salah satu cara
mengenalpasti murid yang bermasalah sama ada yang mengalami masalah akademik ataupun masalah berkaitan
dengan intelektual.
Menurut Rosenblum, Goldstand dan Parush (2006), dalam kenyataan mereka terdapat perbezaan yang
signifikan dalam semua faktor ergonomik sewaktu menulis di antara penulis yang mahir dan tidak mahir terutama
cara menggenngam pensel. Perkara ini dapat di kesan melalui pemerhatian ke atas murid yang tidak mahir ketika
sedang membuat aktiviti menulis. Murid akan mengalami kesukaran dalam mengekalkan daya tahan semasa menulis
dan mudah kehilangan fokus semasa menulis dan ia disokong oleh Abdul Rasid (2011). Beliau menyatakan terdapat
ketidakcekapan pada koordinasi mata dan tangan semasa menulis bagi mereka yang tidak mahir dan kebiasaannya
mereka tidak mempunyai koordinasi mata dan tangan yang tidak selari kerana mereka tidak melihat kertas sewaktu
menulis.
Kebiasaannya murid yang mengalami masalah pembelajaran jarang sekali di ajar cara memegang alat tulis
dengan betul terutama pensil. Menurut Yusof dan Walter Alvin (2010), hasil daripada mekanisma kemahiran
menulis yang kurang diberi penumpuan semasa disekolah oleh para guru, tulisan yang dihasilkan oleh murid
menjadi kurang kualiti dan sukar difahami mahupun dibaca. Oleh itu, instrumen penilaian jenis-jenis genggaman
pensel di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran mahupun kanak-kanak normal perlu di
jalankan ke atas mereka dengan lebih meluas untuk mengesan tahap kualiti tulisan tangan mahupun mengesan cara
genggaman yang matang di kalangan kanak-kanak- melalui instrument yang dijalankan juga mampu mengesan jenis
genggaman yang biasa diguna pakai oleh mereka yang mahir mahupun tidak mahir dalam menulis tangan.
KAJIAN MENGGUNAKAN INSTRUMEN CEKAP
Dalam kajian yang dijalankan, instrumen CEKAP menggunakan kaedah melakar sebagai salah stau cara untuk
mengesan cara genggaman subjek yang diuji. Penilaian yang dijalankan diadaptasikan daripada Instrumen Penilaian
Perkembangan Genggaman Pensel Schenk dan Henderson (1990). Dalam kajian ini, penilaian dijalankan ke atas
beberapa subjek yang mengalami masalah pembelajaran dan beberapa orang subjek normal. Berdasarkan instrumen
yang telah dicipta dan diguna pakai dan instrumen yang telah dibangunkan oleh Scheck dan Henderson pada tahun
(1990) berikut merupakan penerangan mengenai jenis-jenis genggaman yang tipikal yang boleh digunakan sebagai
rujukan:
a) Genggaman jejari silang tapak tangan
b) Genggaman supinate tapak tangan
c) Genggaman pronasi digital satu jari diektensi
d) Genggaman berus
e) Genggaman dengan jari diektensi
f) Genggaman ibu jari menyilang
g) Genggaman tripod statik
h) Genggaman empat jari
i) Genggaman tripod lateral
j) Genggaman tripod dinamik
SHARE...SHARE..SHARE



Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran