Rabu, 23 Mei 2018

9 Kelebihan Budaya Memberus Gigi Dalam Kalangan Murid Korea





9 Kelebihan Budaya Memberus Gigi Dalam Kalangan Murid Korea
Satu perkara yang menarik perhatian bila berada di Korea adalah amalan memberus gigi dalam kalangan pelajar sekolah. Amalannya adalah membersihkan gigi setiap kali lepas makan tengahari di sekolah. Anda boleh nampak di mana-mana pelajar dengan berus gigi masing-masing. Malah dalam kelas juga disediakan ruang khas untuk pelajar menyimpan berus gigi dan ubat gigi masing-masing.
Bukan itu saja, tetapi ia juga diamalkan oleh rakan guru serta staf pejabat pada setiap kali mereka makan. Malah, tidak menjadi sesuatu yang aneh di Korea ini, jika anda melihat orang dewasa membawa seuncang beg yang berisi berus gigi dan juga ubat gigi. Amalan yang bermula dari peringkat sekolah rendah, dipergiat semasa di sekolah menengah dan menjadi tabiat sehingga dewasa. Memang terbaik kan?
Ada yang beranggapan kerana faktor pemakanan Korea yang banyak mengandungi bahan-bahan berbau dan bercili seperti jeruk bawang putih dan kimchi. Jadi tabiat membersihkan gigi selepas makan adalah penting untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Ini juga mampu mengelakkan daripada cebisan makanan melekat di gigi, seterusnya memburukkan imej seseorang itu. Orang Korea dan Jepun memang terkenal dengan penjagaan imej dan penampilan yang sangat teliti!
Kelebihan Budaya Memberus Gigi Dalam Kalangan Murid Korea
Makanan Korea yang terdiri daripada bawang putih yang dijerukkan
Jadi apa lagi rahsianya sehingga seolah-olah amalan membersihkan gigi ini merupakan satu kewajipan kepada mereka. Saya ringankan mulut untuk bertanya guru mentor bagi mendapatkan jawapan sebenar.
Jawapan pertama yang keluar dari mulut guru mentor adalah membersihkan gigi dapat menajamkan otak serta memberikan daya fokus yang lebih baik kepada pelajar. Panjang lebar dia huraikan kepada saya mengenai kajian-kajian kesihatan yang dijalankan berkaitan dengan amalan ini dan kesannya kepada otak.
Nampak tak? Amalan kecik sahaja, mudah diamalkan, memberi manfaat yang besar, dan mereka amalkan, tetapi kita tidak! Padahal dalam Sunnah Nabi jugak ada termasuk amalan bersugi yang dilihat fungsinya juga hampir sama.
Kelebihan Budaya Memberus Gigi Dalam Kalangan Murid Korea
Dalam drama Korea tak aneh jika diselitkan scene membersihkan gigi
Selain daripada itu, menurut beberapa kajian lain yang saya dapatkan daripada bacaan di internet, amalan membersihkan gigi ini juga mampu mencerahkan mata, melambatkan pertumbuhan uban dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik!
Itu belum lagi dikira dengan penjelasan biasa secara saintifik, seperti meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut dan memberi kesan kepada kelancaran otak untuk berfikir dengan lebih baik. Selain itu dikatakan juga tabiat membersihkan gigi ini mampu mengikis sikap malas dari dalam diri.
Hmm.. banyak kan kelebihannya? Jom sama-sama kita amalkan lagi tabiat membersihkan gigi ini. Sebarkan juga lagi kepada lebih ramai dalam kalangan kita supaya lebih memberi manfaat. Selamat beramal!

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran