Rabu, 23 Mei 2018

Keadaan Jirim (Sticker)




Idea P&P Sains : Keadaan Jirim (Sticker)
Kali ini menggunakan idea kreatif bersama anak murid Tingkatan 4, bagi tajuk Keadaan Jirim. Beberapa idea yang biasa dilihat dan digunakan oleh guru-guru lain adalah dengan menggunakan coklat M&M atau plastisin, tapi saya cuba dengan menggunakan sticker bulat berwarna.
Agak menarik bila digunakan pelajar. Pembelajaran dapat dilakukan dengan baik, melalui pertanyaan pelajar seperti :
1. Bolehkah sticker tersebut bertindih?
2. Bolehkah menggunakan pelbagai warna bagi suatu keadaan jirim?
3. Ada perbezaan antara sticker pada cecair dan gas?
Pertanyaan di atas, jika dijawab dengan baik oleh guru, mampu memberi kefahaman yang lebih baik kepada pelajar. Guru boleh mengambil peluang untuk memberikan konsep yang betul kepada keadaan zarah pada jirim yang berbeza, dengan menggunakan Teori Kinetik Jirim.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran