Rabu, 7 November 2018

8 SEBAB KENAPA ANAK ANDA PERLU TUISYEN...

8 SEBAB KENAPA ANAK ANDA PERLU TUISYEN...
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■










Apabila tahun 2018 menjelma, anak-anak Tuan/Puan akan berada disesi persekolahan yang baru. Seperti yang kita tahu pada tahun ini bahawa bukan keputusan 6A yang menjadi ukuran dalam Peperiksaan UPSR yang mungkin akan dihadapi oleh anak-anak Tuan/Puan pula. Namun mahukah Tuan/Puan melihat kegagalan anak Tuan/Puan dalam peperiksaan Pertama yang dilaluinya?
.
Mungkin dengan Post Cikgu kali ini dapat membuka mata Tuan/Puan untuk menghantar anak Tuan/Puan ke Kelas Tuisyen... Berikut adalah 8 Sebab Kenapa Anak Tuan/Puan Perlukan Tuisyen:-
.
.
1. Kurang Fokus Di Sekolah.
.
Di sekolah Anak Tuan/Puan mungkin akan terganggu fokus pembelajarannya disebabkan rakan-rakan dan persekitaran disekolah. Seperti yang Tuan/Puan tahu bilangan murid dalam sebuah kelas boleh mencapai 40orang murid. Pelbagai perangai dan karenah anak-anak ini yang mampu menggangu konsentrasi atau fokus anak Tuan/Puan belajar...
.
Jadi dengan menghadiri Kelas Tuisyen anak Tuan/Puan dapat belajar dengan lebih berfokus terutamanya apabila anak Tuan/Puan menghadiri Tuisyen Individu...
.
.
2. Tajuk Pembelajaran Yang Tidak Difahami
.
Seperti yang kita perkatakan tadi, pembelajaran mudah terganggu di sekolah jika anak Tuan/Puan tidak dapat menumpukan pelajaran 100%. Maka sudah pasti ada tajuk- tajuk pelajaran yang anak Tuan/Puan tidak dapat fahami...
.
Jadi dengan menghadiri Kelas Tuisyen anak Tuan/Puan dapat mempelajari dan memahami tajuk-tajuk pembelajaran yang tidak dapat difahaminya di sekolah dengan bantuan Guru-guru tuisyen...
.
.
3. Ketinggalan Dalam Pelajaran Di Sekolah.
.
Adakalanya anak Tuan/Puan tidak hadir kesekolah akibat masalah-masalah tertentu seperti tidak sihat atau masalah pengangkutan. Keadaan ini mengakibatkan anak Tuan/Puan akan ketinggalan nota atau penerangan dari guru akibat kegagalannya ke Sekolah..
.
Dengan menghadiri kelas tuisyen anak Tuan/Puan dapat penerangan semula dari guru tuisyen tajuk-tajuk yang telah diterangkan oleh guru sekolah. ini dapat membantu pembelajaran anak Tuan/Puan agar tidak ketinggalan.
.
.
4. Mengisi Masa Lapang Anak Dirumah
.
Tuan/Puan tentu tidak mahu masa lapang anak Tuan/Puan diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan merugikan. Masa anak Tuan/Puan pasti akan diisi dengan perkara yang berfaedah apabila menghadiri kelas tuisyen.
.
.
5. Menambah Kemahiran Anak.
.
Terdapat pelbagai teknik-teknik dan kemahiran dalam mempelajari sesuatu pelajaran. Guru disekolah mungkin menghadapi masalah kekangan masa untuk menyampaikan semua Teknik dan Kemahiran kepada anak Tuan/Puan. Dengan menghadiri kelas tuisyen anak Tuan/Puan akan didedahkan dengan teknik-teknik atau kemahiran yang mungkin belum diajar di sekolah.
.
.
6. Menambah Daya Ingatan Anak.
.
Proses membina ingatan memerlukan proses pengulangan yang betul. Ingatan anak Tuan/Puan dalam pelajaran dapat dibantu dengan menghadiri kelas Tuisyen. Anak Tuan/Puan akan dapat mengingati apa yang dipelajari semasa belajar di sekolah kerana sesi pembelajaran berulang telah berlaku semasa di kelas tuisyen pada anak Tuan/Puan.
.
.
7. Menguatkan Keyakinan Anak Menghadapi Peperiksaan
.
Anak yang bakal menduduki peperiksaan Besar seperti UPSR pastinya merasa gementar atau takut menghadapi Peperiksaan. Ini adalah Normal. Namun dengan adanya Persediaan anak Tuan/Puan menghadiri kelas tuisyen akan memberi keyakinan pada anak Tuan/Puan untuk menjawab soalan-soalan Peperiksaan.
.
.
8. Bimbingan Dari Orang lebih Pakar
.
Anak Tuan/Puan adakalanya akan bertanya soalan-soalan pelajaran yang tak mampu Tuan/Puan jawab. Tuan/Puan mungkin tahu jawapannya namun tidak dapat menerangkan jawapannya pada anak untuk difahaminya. Guru tuisyen adalah jawapan bagi permasalahan tersebut kerana guru tuisyen dapat merendahkan aras jawapan untuk difahami oleh anak Tuan/Puan.
.
.
Tuan/Puan,
Apa yang Cikgu paparkan hari ini adalah realiti kepentingan tuisyen pada perkembangan pembelajaran anak Tuan/Puan. Namun tiada paksaan kelas tuisyen ini wajib anak Tuan/Puan ambil kerana Tuan/Puan sendiri tahu kemampuan anak Tuan/Puan. Semoga dengan maklumat yang disampaikan ini dapat memberi pandangan yang berbeza pada Tuan/Puan terhadap kepentingan Kelas Tuisyen pada anak Tuan/Puan
.
Peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran