Rabu, 7 November 2018

Kesan Buruk Televisyen Kepada Kanak-kanak

esan Buruk Televisyen Kepada KanaKanak-kanak merupakan antara golongan yang teramai dan terbanyak menonton televisyen. Perkara yang menjadi tontonan kepada kanak-kanak adalah berhubung dengan hiburan, seperti rancangan kartun dan nyanyian. Hiburan boleh mendatangkan ketenangan, menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi hiburan kartun yang ada di televesyen adalah berorientasikan hiburan yang patut dijauhi oleh kanak-kanak kerana ia bukan mematangkan mereka tetapi menjadikan mereka berfikiran negatif. Kartun adalah rancangan paling diminati oleh kanak-kanak ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi sehingga ada rancangan kartun seakan-akan berbentuk “realiti” yang dipanggil 3D.









Dalam zaman di mana ibu bapa semakin sibuk bekerja akibat pelbagai tuntutan ekonomi dan keluarga yang mendesak, ditambah dengan suasana di luar rumah yang semakin tidak selamat untuk kanak-kanak bermain sendiri, televisyen menjadi alat utama yang menghabiskan masa anak-anak hari ini.

Umum mengetahui keburukan tv dan gajet kepada perkembangan kanak-kanak, namun seringkali kita gagal untuk ‘mengeluarkan’ tv dari rumah kita.

Dengan teknologi televisyen yang semakin pintar dan harganya yang semakin murah, pelbagai rancangan menarik di pelbagai rangkaian yang berbayar dan juga secara percuma di YouTube, juga pelbagai aplikasi yang membolehkan ‘movies’ dimuat turun secara percuma dan skrin televisyen yang semakin canggih dengan teknologi LED, cabaran kepada ibu bapa untuk mengawal anak-anak daripada menonton televisyen secara berlebihan adalah satu realiti hari ini yang tidak boleh dipandang endah.
👶 Rancangan TV Yang Tidak Selamat
Sesetengah rancangan TV tidak selamat dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Contohnya rancangan berunsur ganas, seram dan lucah. Ibu bapa umumnya menyedari hal ini. Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa terdapat juga rancangan kartun yang memberi kesan negatif terhadap perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak. Antara bentuk rancangan kartun tersebut ialah kartun bisu dan kartun yang mempunyai aksi berlebihan.

1. Kartun bisu
Terdapat kartun yang tidak berkata-kata, tetapi memaparkan pelbagai aksi menarik dan lucu. Lalu berjaya mengekalkan minat kanak-kanak untuk menonton. Kanak-kanak yang menonton kartun sebegini tidak berpeluang mempelajari bahasa dan perkataan baru.

2.Aksi berlebihan
Selain itu, kartun yang mengandungi banyak aksi dalam satu masa seperti aksi tumbuk, tendang dan tembak yang dipaparkan dengan pantas. juga memberi kesan negatif kepada perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak akan meniru aksi sedemikian tanpa menyebut sebarang perkataan yang bersesuaian seperti ‘serang, tembak atau adoi” kerana seluruh tenaga dan tumpuan diberikan kepada pergerakan tersebut

👶Beza antara menonton dan berinteraksi
Apabila kanak-kanak menonton TV, mereka hanya perlu melihat dan mendengar. Menonton merupakan aktiviti pasif. Kanak-kanak tidak perlu memberi respon. Ini berbeza apabila kanak-kanak berinteraksi. Ini kerana berinteraksi merupakan aktiviti aktif. Semasa berinteraksi, kanak-kanak bukan sekadar melihat dan mendengar, malah mereka perlu memahami dan memberi komen atau jawapan. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menyoal semula. Menonton TV merupakan komunikasi sehala manakala berinteraksi merupakan komunikasi dua hala.

👶 Kesan buruk menonton TV terlalu lama
Kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan negatif akibat menonton TV terlalu lama. Kanak- kanak akan kurang bersosial, kurang bercakap dan kurang daya imaginasi.

1.Kurang kemahiran sosial
Kemahiran sosial penting bagi individu untuk berhubung dengan orang lain. Individu yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran. Untuk memiliki kemahiran sosial yang tinggi, seseorang kanak-kanak itu perlu sentiasa berinteraksi atau bergaul dengan orang lain di sekelilingnya. Sekiranya mereka banyak menghabiskan masa dengan menonton TV, semestinya aktiviti sosial berkurang. Maka mereka akan membesar menjadi individu yang kurang bersosial.

2.Kurang bercakap
Menonton TV merupakan aktiviti pasif. Kanak-kanak tidak berpeluang untuk memberi komen atau menyoal semula. Justeru, kanak-kanak akan berdiam diri. Tiada perkataan atau ayat yang disebut. Secara tidak langsung tempoh menonton yang lama mengurangkan masa untuk kanak-kanak berlatih bercakap.

3.Kurang daya imaginasi
Daya imaginasi melatih keupayaan kreativiti kanak-kanak. Apabila kanak-kanak menonton TV terlalu lama, masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti berbentuk imaginasi telah berkurang Pelbagai aktiviti sedemikian boleh dilakukan, Contohnya mewarna, membina blok, bermain lego dan bermain olok-olok.

4.Kurang tumpuan
Ramai ibu bapa menganggap jika anak boleh memberi tumpuan pada rancangan TV bermakna anak mereka mempunyai tumpuan yang baik. Terdapat kajian yang menunjukkan kaitan antara masalah tumpuan dan tempoh masa menonton TV. Dengan bertambahnya tempoh masa menonton TV bagi kanak-kanak, maka berkurangan tumpuan mereka terhadap pertuturan. Mereka kurang berminat dan lambat memberi respon kepada pertuturan atau perbualan. Tidak sekadar berhenti di peringkat ini, masalah tumpuan seterusnya dapat dilihat apabila kanak-kanak sudah berumur pra-sekolah atau awal persekolahan. Mereka didapati sukar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Kanak-kanak memerlukan masa dan peluang yang cukup untuk berlatih bercakap. Tempoh menonton TV yang lama mengurangkan peluang mereka berlatih bercakap dan akhirnya melambatkan perkembangan pertuturan bahasa. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat sesetengah rancangan TV boleh membantu perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak. Jadi, ibu bapa perlu bijak memilih rancangan TV yang berbentuk sedemikian.Selain itu, ibu bapa juga hendaklah bijak mengurus waktu menonton yang sesuai bagi anak dan tempoh menonton TV agar tidak terlalu lama.

👶 Kebaikan diperolehi menonton TV

1.Kemahiran bercerita
Kanak-kanak boleh bercerita kepada ahli keluarga tentang rancangan TV yang ditonton mereka. Mereka boleh memberi komen tentang watak yang terlibat. Selain itu, ibu bapa juga berpeluang memberi komen. Dengan ini. komunikasi dua hala akan berlaku antara kanak-kanak dan ibu bapa, walaupun dengan menonton TV.
2.Menambah perkataan baru
Kanak-kanak juga dapat belajar perkataan baru. Ini kerana terdapat rancangan TV yang menayangkan perkara atau objek yang tiada di persekitaran harian kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak dapat mengenali dan menyebut ‘zirafah,singa dan buaya’ walaupun binatang tersebut tiada di sekitarnya

👶 Aktiviti Selain Menonton TV

📺 Bermain dengan rakan/ adik-beradik/ ibu-bapa/ penjaga
📺 Membaca buku
📺 Menolong ibu bapa/ penjaga
📺 Bermain dengan alat permainan
📺 Mewarna atau melukis
👶 Tips Mengawal Anak-Anak
📺 Elakkan bayi dan kanak-kanak berusia bawah 2 tahun menonton TV. Sebaliknya galakkan mereka terlibat dalam aktiviti rangsangan fizikal dan interaksi dua hala.
📺 Perhatikan rancangan TV yang ditonton. Jika terdapat unsur yang tidak sesuai, maka ibu bapa mestilah memberi penjelasan
📺 Tentukan rancangan TV yang boleh dan tidak boleh ditonton.
📺 Ibu bapa mestilah konsisten dan tegas terhadap peraturan yang telah ditetapkan bersama
📺 Galakkan anak anda menonton rancangan TV berunsur pendidikan. Ini dapat memberi kesan positif terhadap perkembangan anak, termasuklah perkembangan pertuturan dan bahasa mereka.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran