Rabu, 7 November 2018

Anak Pandai Membaca Seawal Usia 4 tahun

Anak Pandai Membaca Seawal Usia 4 tahun

























































































































Ibu Bapa Boleh Praktikkan 7 Perkara Ini Sejak Anak Berumur 5 Bulan...
IBU BAPA boleh memperkenalkan flashcard antara pembelajaran awal di peringkat kanak-kanak. Mungkin bagi setengah ibu bapa mainan yang berwarna-warni, berbunyi adalah perkara utama untuk bayi bawah umur setahun untuk merangsang deria penglihatan dan pendengaran.
Tapi sebenarnya jika ibu bapa dah mula mengenalkan flashcard huruf, nombor kepada anak seawal usia anak 5 bulan lagi secara konsisten, hasilnya sangat menakjubkan apabila anak mula menginjak usia setahun.
Konsisten yang bagaimana?
Luangkan masa bersama anak selama 10 hingga 15 minit setiap sesi bermain. Jika anda ibu bekerja, anda boleh lakukan ini di waktu malam sementara anak hendak tidur.
1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.
2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula. (bagi anak yang dah boleh berjalan dan melompat)
3. Beri anak mainan ‘fidget’ untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.
4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.
5. Apabila membaca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.
6. Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca.
7. Flashcard yang digunakan hendaklah besar, terang dan berwarna- warni. Selepas sesi membaca, bagi anak pegang flashcard itu dan biarlah dia nikmati sendiri berada di alam flashcard.
Ibu bapa jangan terlalu memaksa anak untuk duduk diam dan memfokuskan kepada aktiviti pembacaan. Bayi yang masih lagi dalam proses menyesuaikan diri mungkin akan lebih fokus pada sesuatu yang dirasakan menarik. Sebenarnya anak kecil yang selalu mendengar perkataan berulang-ulang akan mudah faham. Lama-kelamaan anak akan faham dan dengan sendirinya berminat dengan apa yang ibu bapa lakukan untuk mereka.
~~~
Penggunaan flashcard dalam mendidik si kecil memahirkan diri dalam pelajaran adalah satu kaedah yang mudah dan murah. Pelbagai aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan dengan flashcard dan ianya bolah dibahagikan mengikut fungsi aktiviti itu samaada untuk melatih memori, latih tubi, mengenalpasti objek dan aktiviti. Cuba aktiviti ini:
1. UJIAN MEMORI
 Aktiviti ini direka untuk menguji memori anak-anak dan pelajar-pelajar anda. Apa yang anda perlu buat ialah meletakkan beberapa flashcard di atas lantai dalam bentuk bulatan.
 Biarkan bahagian yang bergambar di atas. Jika ianya melibatkan seorang sahaja beri masa seminit untuk mereka mengingati kesemua objek yang ada di kesemua flashcard itu.
 Jika anda melakukan dengan satu kumpulan kanak-kanak atau pelajar anda boleh bahagikan mereka dalam dua atau lebih kumpulan dan beri mereka dua minit untuk menyenaraikan kesemua objek yang mereka boleh ingat.
 Latihan ini amat sesuai untuk menguji memori kanak-kanak disamping memberi mereka satu jenis senaman minda. Apa yang penting ialah ada perlu mereka aktiviti sebegini sebagai satu permainan kepada kanak-kanak itu dan bukan membuatnya sebagai satu latihan. Ini untuk memastikan mereka seronok dengan aktiviti itu dan tidak merasa tertekan untuk menghafal kad-kad imbas itu.
2. DEDAHKAN PERKATAAN ITU
 Tutupkan kad imbas atau kad perkataan dengan sekeping kad dan kemudian dedahkan flashcard itu perlahan-lahan dan minta anak-anak atau pelajar-pelajar anda mengagak kad mana yang anda sedang dedahkan itu.
 Apabila kad itu telah didedahkan anda boleh melagukan perkataan kad imbas atau kad perkataan itu.
 Bezakan nada suara anda, berbisik dan jeritkan perkataan-perkataan itu. Kanak-kanak itu akan secara otomatik meniru anda.
 Selain dari itu anda boleh membalikkan kad-kad itu dengan cepat agar mereka dapat melihat kad itu sepintas lalu dan ulang semula perbuatan anda itu hinggalah mereka dapat mengagak dengan tepat perkataan untuk flashcard itu

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran