Selasa, 20 November 2018

KASUT HITAM ATAU KASUT PUTIH?

KASUT HITAM ATAU KASUT PUTIH?







Bertalu-talu juga pm masuk bertanya aku tahun depan kena pakai kasut hitam atau kasut putih. Tambahan bila kasut putih dijual murah-murah sehingga ada jualan RM10 tiga pasang.

Begini tuan puan. KPM menetapkan kasut hitam WAJIB dipakai sepenuhnya bermula 2021. Maka tahun depan masih ada pilihan.

Biasanya mana-mana sekolah memberi pilihan samada nak pakai kasut hitam atau kasut putih bermula tahun depan dan tahun 2020. Namun pada 2021, WAJIB memakai kasut hitam dah.

Meski pun begitu, ada sesetengah sekolah dah mula mewajibkan murid-murid memakai kasut hitam bermula tahun depan. Jika demikian, ikutlah peraturan sekolah.

Ada juga sekolah masih mengekalkan kasut putih tahun depan dan tidak membenarkan mana-mana murid mereka pakai kasut hitam. Maka ikutlah demi keseragaman dan menunjukkan anak-anak kita mengikut peraturan.

Benda simple sahaja. Jangan rumitkan ya! 🙂

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran