Khamis, 16 Mei 2019

Berapa ramai makan begini ketika berbuka dan bersahur?

Bagi yang beragama islam, semua berpuasa di siang hari selama lebih kurang 14 jam. Berpuasa bagi umat islam adalah menahan diri dari mengambil sebarang makanan mahupun minuman.
Setelah hampir sehari suntuk tidak mengambil sebarang makanan, kita amat digalakkan berbuka puasa dengan makanan yang bukan sahaja memberi tenaga, namun turut membekalkan khasiat-khasiat lain untuk membolehkan tubuh berfungsi secara optimal.
Waktu berbuka bukanlah waktu untuk melantak segala jenis makanan yang diingini sebagai ganjaran menahan diri dari mengambil makanan dan minuman. Waktu berbuka juga bukanlah waktu untuk kita makan ala kadar asal lepas syarat berbuka. Ianya adalah waktu untuk kita mengisi semula tangki nutrisi yang diperlukan.
Makanlah secara bersederhana, namun seimbang dan lengkap dengan pelbagai jenis nutrisi. Begitu juga sewaktu bersahur. Bukan hanya biskut cicah kopi o sahaja buat syarat atau lebih teruk lagi, melangkau waktu sahur demi kemalasan untuk bangun dari tidur.
Berapa ramai makan begini ketika berbuka dan bersahur? Atau anda makan begini dengan tambahan menu lain di sekeliling pinggan ðŸ¤­ðŸ¤­.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran