Guru sejati muhasabah diri, Bijak bertindak dan berdikari.
Guru sejati senyum mesra, Sentiasa menggunakan budi bicara.
Senyuman dipapar menawan hati, Tutur katanya penuh bererti.
Guru sejati guru berkualiti, Gigih mengajar sepenuh hati. Rela berkorban apa sahaja, Kurang cakap banyak bekerja.
Guru sejati umpama lebah, Menebar ilmu sabar tabah.
Membina, membentuk insan berakhlak Gigih membimbing tak pernah jelak.
Marahnya sayang bencinya kasih, Mulutnya manis hatinya bersih.
Guru sejati sentiasa proaktif, Tenang tenteram berfikiran positif.
Guru sejati guru bestari, Hidup bermotivasi jati diri.
Guru sejati berbudi bahasa, Berkhidmat demi nusa dan bangsa.
Akhir kata, kepada semua warga pendidik, segala budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.
TERIMA KASIH CIKGU !
SELAMAT HARI GURU
16 MEI 2019
16 MEI 2019
Ikhlas daripada warga TUISYEN INDIVIDU HOME TUITION 😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan