Selasa, 23 Julai 2019

Luangkan 45 minit anda untuk menyelamatkan 3 nyawa

Seperti yang diketahui umum, menderma darah adalah proses yang ringkas dan boleh dilakukan di mana mana tempat menderma yang telah ditetapkan. Walaupun begitu, beberapa langkah perlu diambil sebelum dan selepas proses pendermaan darah. Ini bagi memastikan penderma berada di tahap kesihatan yang optimum sebelum menderma dan darah yang dibekalkan adalah selamat.
Jom kita tengok masa yang diambil di setiap peringkat pendermaan:
Isi borang : 5 minit
Pemeriksaan darah, kaunseling dan pendaftaran : 15 minit
Pendermaan darah : 7-10 minit
Rehat selepas derma : 10 minit
Jamuan ringan : 5 minit
Kesimpulannya, proses menderma darah secara keseluruhan mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga satu jam. Namun begitu, ini cuma anggaran kasar, masa sebenar bergantung kepada tahap kesihatan setiap individu dan situasi di tempat pendermaan.
Jadi, tunggu apa lagi, jom menderma darah.
Luangkan 45 minit anda untuk menyelamatkan 3 nyawa
Jom follow group telegram untuk mendapatkan nota-nota terkini utk anak² sekolah rendah dan sekolah menengah..
Klik link dibawah : ðŸ‘‡
✏️📑Nota-Nota Pembelajaran ðŸ“‘✏️
Pelbagai jenis nota untuk semua subjek termasuk membaca,nota sekolah rendah dan sekolah menengah ðŸ¤—

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran