Selasa, 23 Julai 2019

Makan Ubat dan Derma Darah ??

Makan Ubat dan Derma Darah
Ya, betul makan ubat tak boleh derma darah
Salah, makan ubat pun boleh derma darah
Eh, biar benar.. mana satu ni??
Sebenarnya, kebanyakan ubat tidak menghalang anda dari menderma darah tetapi penyebab anda mengambil ubat yang menetukan sama ada anda layak atau tidak menderma.
Contohnya, jika anda megambil ubat demam/ selsema pagi hari sebelum pendermaan, pegawai bertugas akan menasihati anda untuk mnunggu 24 jam selepas mengambil ubat tersebut kerana penderma masih belum berada di tahap kesihatan yang optimum untuk menderma darah.
Berikut dinyatakan beberapa ubat-ubatan serta tempoh menunggu sebelum penderma dibenarkan menderma:
Antibiotik – 2 minggu selepas dos terakhir
NSAID (contoh ubat tahan sakit) - 24 jam
Ubat supplemen tambahan – dibenarkan menderma
Ubat darah tinggi – kebanyakan ubat darah tinggi yang diambil tiada halangan menderma KECUALI ubat dari kumpulan ACE inhibitor, dengan syarat anda hanya mengambil satu jenis ubat dan tekanan darah semasa pemeriksaan adalah normal.
Steroid – 1 minggu
Tigasone (psoriasis/acne) – Halangan kekal
Isoretinoin /roaccutane (masalah jerawat) – 28 hari
Ubat perancang keluarga/ kehamilan – Tiada halangan
Ubat sapuan dan titis – Tiada halangan
Kesimpulannya, ketahui ubat yang anda ambil dan berbincanglah dengan pegawai kami yang bertugas kerana kebanyakan ubatan yang diambil akan dibenarkan menderma, asalkan anda sihat di hari menderma.
Jom Derma!

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran