Isnin, 19 Ogos 2019

Kekeliruan penggunaan 'ianya'.

Kekeliruan penggunaan 'ianya'.

ia-kata ganti nama diri ketiga
nya-kata ganti nama diri ketiga
nya-kata pembenda
nya-kata penekan
nya-kata ganti nama diri yang merujuk Tuhan

Oleh hal yang demikian, perkataan 'ianya' dianggap salah dari segi penggunaan kerana tidak mendukung maksud yang ingin disampaikan.

1.kata ganti nama diri ketiga
ia=dia(hanya merujuk manusia)
Dia abang saya yang sulung.(/)
Ia abang saya yang sulung.(/)
2.kata ganti nama diri ketiga
nya-his/her
Ibunya seorang kerani di pejabat itu.(/)
Ayahnya akan menunaikan umrah pada musim haji yang akan datang.(/)
3. nya-kata pembenda
Kipas itu berputar dengan ligat.(×)
Kipas itu berputar dengan ligatnya.(/)
Ali berlari dengan pantas.(×)
Ali berlari dengan pantasnya.(/)
4.nya-kata penekan
Sesungguhnya,ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak terpuji dalam diri anak-anak.(/)
Hakikatnya,kehidupan kita masih dibelenggu oleh masalah sosial selepas pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak berwajib.(/)
5. nya-kata ganti nama diri yang merujuk Tuhan
bagi penggunaan ini, perkataan awal ditulis dengan huruf besar dan diawali oleh tanda sempang.
-Nya
Kita haruslah senantiasa bersyukur atas limpah kurnian-Nya.(/)
Kita haruslah tabah menghadapi segala dugaan daripada-Nya.(/)
Maka,sudah terang lagi bersuluh bahawa penggunaan 'ianya' merupakan penggunaan yang salah.
disediakan:Cikgu Theeban

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran