TATABAHASA
Subjek dalam ayat bahasa Melayu terdiri daripada kata nama/frasa nama.
Buktinya semua pola ayat dalam bahasa Melayu bermula dengan Frasa Nama(FN).
1. FN+FN
2. FN+FK
3. FN+FA
4. FN+FS
2. FN+FK
3. FN+FA
4. FN+FS
Walau bagaimanapun, kita sering kali menemukan ayat-ayat yang dimulakan dengan perkataan yang bukannya tergolong dalam kata/frasa nama.
Sebagai contohnya:
1. Melukis ialah hobinya.
2. Merah lambang keberanian.
2. Merah lambang keberanian.
Jika diteliti ayat di atas,subjek ayat 1 terdiri daripada kata kerja dan ayat keduanya terdiri daripada kata adjektif.
Adakah ayat-ayat ini menyalahi hukum tatabahasa kita?
Jawabannya tentulah tidak.
Ayat-ayat di atas sebenarnya telah mengalami pengguguran kata nama/inti.
Melukis-Aktiviti melukis
Merah-Warna merah
Merah-Warna merah
Jangan pula kita memulakan ayat dengan kata sendi nama dengan berpegangkan konsep ini.
Dengan berdasarkan penerangan di atas,maka jelaslah bahawa kata kerja dan kata adjektif dapat menjadi subjek dalam ayat bahasa Melayu.
Apabila kata sendi nama dikedepankan,maka terbentuklah ayat songsang.
Pekerja itu dari kampung.
(Ayat Biasa)
(Ayat Biasa)
Dari kampung pekerja itu.
(Ayat Songsang)
(Ayat Songsang)
-Bukannya pengguguran kata/frasa nama seperti yang berlaku pada kata kerja dan kata adjektif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan