Khamis, 29 Ogos 2019

Tidak boleh campur makanan laut dan makanan darat sekali? BETUL KE ?

Tidak boleh campur makanan laut dan makanan darat sekali?
Ramai dikalangan masyarakat kita percaya bahawa mencampurkan makanan darat dan laut adalah perbuatan yang boleh mendatangkan mudharat kepada kesihatan.
Hadith Nabi 
Bahkan ada yang memetik Hadith yang mengatakan Nabi tidak pernah mencampurkan makanan darat dan laut.
Mereka siap bagitahu:
"Nabi tak pernah mencampurkan daging dengan ikan"
"Nabi tak pernah makan sekali ikan dgn telur"
"Nabi tak campurkan susu dgn buah"
Tetapi yang peliknya, ramai sahaja dikalangan agamawan dan para ustaz main makan sahaja makanan laut bercampur dengan makanan darat. Bahkan saya juga pernah melihat seorang ustaz ini mencampurkan makanan darat dan makanan laut.
Adakah hadith berkenaan larangan itu benar? Sudah tentu tidak.
Ikuti penjelasan Sahibus Sahamah Mufti Wilayah berkenaan hal ini.
"Setelah kami menekuni berkaitan isu ini maka kami katakana bahawa tiada larangan sama ada daripada al-Quran ataupun hadith Nabi SAW berkaitan mencampurkan makanan di antara makanan laut dan darat ketika makan. Akan tetapi, jika ilmu sains membuktikan bahawa dengan mencampurkan antara makanan darat dan laut akan menyebabkan mudharat maka ia perlulah dijauhi. Di samping itu juga, berkemungkinan amalan tidak mencampur di antara makanan darat dan laut adalah merupakan petua orang-orang tua terdahulu kerana adat orang-orang dahulu adalah dengan tidak mempelbagaikan laut pauk ketika menjamu selera. Selain itu juga, kita perlulah meraikan adab-adab ketika makan seperti tidak berlebih-lebih dalam menjamu selera dan juga tidak berlaku sebarang pembaziran."
Secara Saintifik
Ada yang mengatakan bahawa makanan darat seperti ayam dan daging mengandungi ion positif. Manakala , dalam makanan laut seperti ikan dan udang mengandungi ion negatif. Kalau ikut teori sains pula kedua-dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi.
Perlu diketahui bahawa pencampuran ion negatif dan positif sebenarnya tidak menyebabkan apa-apa reaksi kimia ataupun merosakkan dinding usus. Sebab jika ion negatif dan positif bergabung ia kan meneutralkan satu sama lain.
Sebagai contoh larutan asid yang mengandungi ion hydrogen (H+) iaitu ion positif dan juga alkali yang mempunyai ion hidroksida(OH-) iaitu ion negatif apabila dicampurkan akan menjadi larutan garam yang neutral. Ia tidak akan merosakkan usus ataupun perut.
Kesimpulan
Kami merumuskan 2 perkara berkenaan hal ini.
1. Tiada hadith yang melarang perbuatan mencampurkan makanan laut dan makanan darat
2. Tiada kajian yang menunjukkan mencampurkan makanan laut dan darat akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Oleh itu, diminta masyarakat untuk tidak lagi mempercayai perkara mitos seperti ini.
Disamping itu, berpada-padalah ketika makan. Campur tu mungkin tak salah. Yang salahnya adalah apabila makan secara berlebih-lebihan. Yang itu confirm boleh dapat penyakit.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran