Rabu, 5 Februari 2020

Kekeliruan yang melibatkan imbuhan apitan 'me...kan'

Kekeliruan yang melibatkan imbuhan apitan 'me...kan' tersenarai dalam hantaran ini.

Dalam bahasa Melayu, kita hanya mempunyai apitan 'me...kan' dan bukannya 'me...an'. Maka, kata dasar yang berakhir dengan abjad 'k' akan mempunyai dua 'k' pada belakang perkataannya apabila bergabung dengan apitan 'me...kan'.

Teknik penerbitan perkataan tersebut diberikan di bawah ini.

me + kata dasar + kan

memasakkan(masak)
menggalakkan(galak)
membaikkan(baik)
merosakkan(rosak)
memburukkan(buruk)
menghentakkan(hentak)
menidakkan(tidak)
memperuntukkan(untuk)
mengunjukkan(unjuk)
memuncakkan(puncak)
memacakkan(pacak)
menggelakkan(gelak)
mengelakkan(elak)
menusukkan(tusuk)
menyogokkan(sogok)
menyendukkan(senduk)
menyelakkan(selak)

disediakan oleh:
Cikgu Theeban Anbalagan

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran