Khamis, 29 April 2021

Fahami Pengukuhan Positif atau 'Positive Reinforcement' untuk Anak Kita di Rumah

 Anak bergaduh, dimarah

Anak menangis kuat, dimarah
Anak main kejar-kejar happy, dimarah
Usah ditanya kenapa berulang perlakuan 'kurang menyenangkan hati kita' itu berulang.
Anak bergaduh, dua-dua ditegur namun dikukuhkan / noticed tingkhlaku betul salah seorang itu, walau kebaikan kecil => dipuji.
Anak menangis, diempati kemudian dinyatakan sekali kekuatan si anak waktu lain yang kuat semangat dan tenang sekali => diingatkan kemampuan kekuatan emosinya tetap ada.
Anak main kejar-kejar, ditegur dan diarahkan 'lari hati-hati' di kawasan lain, dan turut dipuji semangat dan banyaknya tenaga mereka waktu ini => diperkukuhkan dan dichannelkan ke solusi lebih baik.
.
Fahami Pengukuhan Positif atau 'Positive Reinforcement' untuk Anak Kita di Rumah
Semoga kita sentiasa menjadi #ibubapakini yang mampu menawarkan ganjaran positif banyak-banyak dan besar-besaran berbanding ganjaran negatif sehingga anak amat suka, mengejari dan sukarela untuk berbuat tingkahlaku yang baik, berbanding tingkahlaku kurang enak itu ya.
.
Sumber : Maznah Ibrahim
May be an image of 2 people and text that says "Apakah itu 'positive reinforcement' untuk anak-anak? =Pengukuhan Positif Ia adalah ganjaran yang diberi kepada anak apabila sesuatu tingkahlaku yang betul/baik dilakukan. Ia bertujuan untuk mengukuhkan tingkahlaku betul agar berulang lagi. Ia boleh diberi dalam bentuk perhatian positif: pujian (kaedah pujian yg betul), pelukan, masa istimewa, material dll. (lebih digalakkan adalah ganjaran bukan material). Perhatian negatif seperti marah, hukuman dll juga merupakan ganjaran untuk anak sehingga mereka juga mengulangi kesilapan yang sama kerana mendapat perhatian'. Maznah Ibrahim"

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran